Resepi BBQ Chicken KuFiq
Hai!
Nampak tak gambar apa di atas ni? Yes! Ayam bbq yang woooww!
Hari ni kita buat makanan favorite admin. Bahan-bahan dia agak banyak tapi bukan semua diperlukan actually. Depends pada bahan apa yang ada di dapur korang. Oleh kerana admin buat dekat rumah, jadi bahan-bahan boleh ikut suka nak letak apa.
Baiklah tanpa buang masa lagi, ayuh kita teruskan main masak-masak.
Bahan-Bahan:
- Ayam (yang dicuci)
- Sos tiram
- Sos cili dan tomato
- Sos lada hitam
- Kicap manis/masin
- Garam dan gula
- Madu (optional)
- BBQ sauce
- Kunyit (optional)
- Serbuk perasa lain seperti 'maggi cukup rasa' etc
- Buah tomato (optional)
- Bawang besar
- Bawang putih
Cara-cara:
- Sebenarnya admin kalau bakar ayam, mesti tak masak isi dalam. Untuk atasi masalah ni, admin selalu rebus dahulu ayam tersebut supaya cepat masak dan lebih lembut dan juicy dan sedap dan daboom.
- Sambil rebus ayam, kita sediakan bahan-bahan lain. Blend bawang putih, bawang besar dan buah tomato.
- Lepas rebus ayam, toskan dan gaul bahan blend tadi bersama ayam.
- Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali bbq sauce bersama ayam tadi. Gaulkan sebati, rasa sedikit. Biar masin sikit takpe. Tutup bekas ayam tu atau letak dalam ziplock bag dan letak dalam peti sejuk bawah.
- Perapkan sekurang-kurangnya 1 jam. lebih lama lagi sedap sebab semua flavor masuk dalam isi ayam tu.
- Cara grill boleh dalam oven atau guna arang. (Admin guna oven sebab arang takde). Bila ayam tu dah kekuningan, barulah kita sapukan bbq sauce atas ayam tersebut. Biarkan dia masak hingga kondisi yang korang nak samada garing dan sebagainya. Boleh tambah bbq sauce lagi kat atas dia jika mahu. Biasanya kalau guna oven, 15-20 minit on each side, high heat, 250 celcius.
Cubalah, tak menyesal punya.
Semoga korang termimpi-mimpikan ayam ni.


0 comments:
Post a Comment