Beberapa minggu yang lalu, admin dan kekasih hati ada melawat satu mini zoo yang terletak di Seri Kembangan. Farm In The City, pernah dengar tempat ni? Sebelum ni admin dah pernah dengar nama tempat tu tapi tak kesampaian untuk pergi.
Kali ni, admin nak bawa korang masuk free ke Farm In The City ni (Tengok gambar je).
Firstly, Farm In The City atau FITC ni terletak di Seri Kembangan, Selangor. Bersebelahan dengan downtown Puchong.
Masa tu kami pergi hari Isnin lebih kurang waktu lunch. Tak ramai sangat orang waktu tu. Kat dalam FITC tu tak panas matahari sebab banyak pokok, so pergi tengahari pun takde masalah. Setelah sampai di pintu masuk, kami lalu ikut kedai cenderamata dulu. Biasanya akhir-akhir nak balik tu baru lalu ikut kedai. Tak tahu lah kenapa. Takpe itu bukan masalah kita.
Harga tiket?
Ok untuk harga tiket, ini dia. RM32 untuk dewasa. Bawa IC. Jangan bagi mak simpan pula IC tu kang tak pasal-pasal kena normal rate.
Selepas beli tiket (* tiket jenis hand band macam korang masuk Sunway Lagoon tu), firstly akan jumpa kandang kura-kura. Kura-kura tu besar gila. Ada kura-kura yang berpangkat 'abang' sebab umur dia lagi tua. Kat sini, korang boleh pengang dan bagi makanan pada haiwan tu. Makanan disediakan oleh staff di situ. Korang jangan pula bawa roti dari rumah ok. Takut kura-kura tu sakit perut, susah pula nak pergi toilet, dah la nak bergerak pun lambat. *Ok hambar*.
Cara nak tahu umur kura-kura ni berapa, tengok pada bilangan garis pada tempurung dia tu. Kalau ada 25 garis bulatan maksudnya 25 tahun.Yang dalam gambar ni umur dia 25 tahun. Besar kan? Korang jangan pula buat-buat tak perasan pergi duduk atas kura-kura ni sebab kadang-kadang nampak macam tunggul kayu.
Next, kita akan lalu di bawah satu sangkar. Mula-mula lalu tak perasan apa pun. Bila tengok ada sign "Look Up!" camtu tengok-tengok ada haiwan ni. ULAR!
Agak menggelikan bila ular-ular tu berkumpul berbelit-belit. Kami tak tahan lama kat situ, terus lalu pergi tempat lain.
Seterusnya, Burung! Sangat teruja melihat burung-burung di sini. Sebab very friendly. Dia tak lari bila kita dekat. Boleh pegang dan bagi makan juga.
Kalau korang nak cuba bagi makanan, mulakan dengan burung saiz kecil duhulu. Test dulu rasa dia patuk.
Lepas tu, kita jumpa dengan kawan baik admin, iaitu encik kambing. Terasa macam jadi pengembala kambing pula sebab kambing tu ikut admin sampai ke pintu kandang. Macam biasa, kandang kambing sedikit berbau. huhu. Oh ya, ada sang kijang juga kat sini tapi tak se'friendly' kambing. Berehat agaknya, sebab lepas zohor kena tidur kejap.
Kemudian, kami ke kandang arnab. Banyak juga penghuni kat sini.
Setakat haiwan yang kami bagi makan kat sini semuanya makan menu yang sama iaitu kangkung. Kangkung murah kot? hehe. Ok kita teruskan.
Haiwan yang seterusnya ni pula tak makan kangkung, tapi makan kuaci. White Eared & Black Eared Marmoset. Berasal dari Brazil dan mempunyai lifespan kira-kira 12-17 tahun. Muka dia sangat kecik! Admin tak dapat snap muka dia sebab dia tak duduk diam.
Di sini juga ada live show burung kakak tua. Burung tu dapat teka bowl mana yang ada bola dibawahnya. Padahal si trainer (staff) dah pusing-pusing ketiga-tiga bowl tu. Admin sendiri tak dapat nak teka time tu sebab tak fokus *alasan*. Ada lebih kurang 4-5 ekor burung yang ambil bahagian. Semuanya ada nama yang cool.
Di FITC ni juga ada Poney. Boleh naik tapi yang ni perlu bayar asing. Admin tak sure berapa harga untuk ride. Maybe RM10. Kot lah. Ada bermacam-macam lagi haiwan kat sini, kami tak sempat nak ambil gambar semua haiwan yang ada tapi semuanya menarik. Ada anak ayam, lizard, ikan, spider etc.
Walaupun harga tiket FITC ni sama dengan Zoo Negara (lihat gambar dibawah), pengalaman di FITC berbeza sedikit sebab kita dapat dekat dengan haiwan di sini. Nak kata yang mana lagi berbaloi, you guys kena datang sendiri. Tapi yelah, Zoo Negara ada macam-macam haiwan sebab dia besar dan sudah lama beroperasi jika dibandingkan dengan FITC. Untuk pengetahuan, FITC tiada buaya atau harimau atau haiwan yang ganas. Semuanya baik-baik belaka.
Fee Zoo Negara untuk perbandingan
Setelah puas pusing-pusing FITC, sudah tiba masanya untuk pulang.
Sebelum balik, snap picture diri sendiri dulu!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu Operasi FITC
Monday : 10am till 6pm
Wednesday - Friday : 10am till 6pm
Saturday, Sunday, : 9.30am till 6pm
03-8941 2099